Sunday, 8 January 2012

Jus Intra 23 Herba

HUBUNGI SAYA:Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini?? 
 
                               
                      
    Jus Intra 23 herba                                                Krim Intra Infusion          
  
PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA

Harga Pasaran Jus Intra : RM138
Harga Promosi : RM???

Harga Pasaran Krim Intra Infusion: RM160
Harga Promosi : RM???

Sila hubungi saya untuk mendapatkan harga PROMOSI. Penghantaran melalui pos adalah percuma.

MOHD ADHAR : 017-6179507
mohamadadhar@gmail.com
I'm a Lifestyle Executive Director (ED)

http://www.myintrasite.com/mohdadhar

Friday, 25 November 2011

Flyers Jus Penawar 23 Herba Intra (1)

Untuk mendapatkan bacaan yang lebih jelas, sila double klik pada gambar, dan "change zoom level" kepada skala 200 ke atas.


Flyers Jus Penawar 23 Herba Intra (2)

Untuk mendapatkan bacaan yang lebih jelas, sila double klik pada gambar, dan "change zoom level" kepada skala 200 ke atas.


Saturday, 19 November 2011

LifeStyles BOP November 2011 (Kuching) & Disember 2011 (Ipoh)


Gambar 1. BOP Ipoh Disember 2011.

Berdiri dari kiri:-
1. NMD Wan Sharil(KL),
2. ED Mohd Adhar (Sarawak),
3. IMD Norshahzan Wee (KL),
4. NMD Lm Weng Meng (KL).



Gambar 2. BOP Kuching November 2011.

Berdiri dari kiri:-
1. NMD Dougles (Johor),
2. IMD Lim Wee Keong(KL),
3. ED Mohd Adhar (Sarawak),
4. NMD Mohd Najib (KL).

Thursday, 6 October 2011

Intra Mengubah Kehidupan Anda & Menyembuhkan penyakit dengan izin Allah

1.  Asma/ Lelah/ Semput
2.  Bodek/ Angin Pasang
3.  Sakit Kepala/ Migraine
4.  Sakit Buah Pinggang
5.  Susah Tidur/ Insomania
6.  Kanser/ Ketumbuhan
7.  Sakit Sendi/ Gout/ Arthritis
8.  Otot Kejang/ Simpul Biawak
9.  Tidak Bersemangat/ Keletihan
10. Batu Karang/ Batu Hempedu
11. Mati Pucuk/ Kurang Daya Seks
12. Kesejukan Kaki Tangan & Seram Sejuk
13. Darah Tinggi/ Darah Rendah/ Anemia
14. Otoporosis/ Tulang Rapuh/ Mudah Patah
15. Hilang Ingatan/ Nyayuk/ Susah Ingat Pelajaran
16. Sengugut/ Putaran Haid Tidak Tepat
17. Kerap Buang Air/ Ngopol Pada Waktu Malam
18. Monopous/ Hormon Tidak Seimbang/ Panas Baran
19. Sembelit/ Buasir/ Sakit Usus/ Kembung/ Gastric
20. Batuk & Sukar Bernafas/ Hidung Tersumbat
21. Sakit Kulit/ Berkedut/ Berparut/ Pucat/ Berjerawat/ Berjeragat
22. Diabetis/ Kencing Manis/ Kolestrol/ Urin Asid Tinggi
23. Hepatitis A/B/C ( Sakit AIDS ), Sirosis, Penyakit Kuning
24. Stroke/ Ahmar/ Mati Anggota Tubuh/ Lumpuh/ Parkinson
25. Selsema/ Bersin/ Resdung/ Alahan Makanan Laut
26. Komplikasi Elektroterapi, Kimiaterapi Kanser/ Leukemia
27. Susah Dapat Anak, Kesuburan Lelaki & Wanita Menurun
28. Daya Pendengaran Kurang Berfungsi, Tinnitus & Pening-Pening/ Demam Denggi
29. Penglihatan Kurang, Kabur, Selaput/ Katarak, Gatal-Gatal & Sentiasa Keluar Air Mata
30. Lain-lain dan doktor telah sahkan tiada lagi ubat untuk merawat sakit tersebut


“Setiap penyakit ada penawarnya melainkan mati.”
 (HADITH NABI)

  Just INTRA adalah salah satu PILIHAN ANDA.


Kajian Mengenai Intra

Kajian selama 20 tahun menunjukkan mereka yang minum Intra secara tetap keadaan kesihatannya dipertingkatkan. Hanya dengan setiap auns Intra setiap hari, ianya akan membantu sel-sel badan anda dan memberikan nutrient penting botanik yang kebanyakannya tidak diperolehi dalam makanan harian kita. Intra sehingga ke tarikh ini belum pernah gagal membantu sesiapa yang meminumnya mengikut sebagaimana yang dinasihatkan. Rasanya yang sedap seperti jus buahan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Cadangan dos untuk dewasa setiap hari ialah 30-60ml.

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Gunakan Intra
• Ia terbukti dan berkesan
• Keseimbangan Nutrien yang lengkap
• Anda dapat apa yang anda lihat
• Kualitinya amat Tinggi ( gunakan tanpa was-was )
• Kandungan nutriennya terjamin dan disahkan oleh Panel Penasihat Sains Sedunia

Kelebihan Intra

• Mengandungi 23 jenis herba semulajadi
• Dari pati bermutu tinggi ( pekatnya 20 kali )
• Ditambah jus buah dan rasanya sedap
• Tiada kesan sampingan( no medical claims )
• Selamat untuk semua peringkat usia termasuk bayi dan ibu yang mengandung
• Dibotolkan dan dihantar terus dari kilang di Kanada
• Jaminan wang dikembali
• Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( MAL 200334237 )
• Dijamin HALAL
Apakah Jus INTRA?

Jus INTRA dihasilkan dari Kanada sejajar dengan GMP dan piawai-piawai HACCP untuk ketulenan, keselamatan dan sanitasi. Ianya dipasarkan di lebih 37 buah negara dan kini tiba di pasaran Malaysia. Dihasilkan dari ilmu perubatan tradisi Islam dan Cina serta digabungkan dengan teknologi Timur dan Barat. Jus INTRA mengandungi 23 jenis herba semulajadi dari pati yang bermutu tinggi. Berperisa jus anggur dan pear, ianya halal serta selamat diminum. Jus 23 Herba telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM MAL 20033423T), KPDNHEP, Malaysia (AJL 93337 2004-2009) serta halal untuk di minum (IFANCA: No. LIHI 05009).

Fungsi Utama Jus INTRA
  • Membuang/ membersihkan segala toksin/ racun atau kesan-kesan pengambilan ubat moden dalam  tubuh manusia.
  • Menambahkan zat-zat yang kurang dalam tubuh
  • Membaiki & membina semula sel-sel/ tisu segala sistem saraf yang rosak dalam tubuh agar kembali kepada asal.
  • Memperkuatkan sistem ketahanan tubuh badan dan menyeimbangkannya agar terus sihat.
Cara Pengambilan/Sukatan Intra

1. Jus intra diambil 2 kali sehari iaitu:-
    a. selepas bangun tidur perut kosong
    b. sebelum tidur

2. Sukatan meminum intra dibahagikan mengikut kategori:
    a. individu sihat = 1 cup penuh 30ml
    b. sakit kronik = 1/2 cup 15ml
    c. kanak-kanak =1/4 cup 7.5 ml

3. Selepas mengambil intra, banyakkan meminum air masak, air
    kosong atau air mineral.

4. Bagi pesakit yang mengambil ubat melalui pengawasan doktor,
    jarakkan pengambilan ubat 1 jam selepas meminum intra.

5. Sekiranya ingin meminum minuman yang mempunyai caffen,
    sebaik-baiknya diambil sejam selepas mengambil intra.

video

Adakah anda ingin mengetahui bagaimana intra dihasilkan dan betapa perlunya anda menggunakan intra, sila layari video di atas. Saya pasti masa anda tidak sia-sia dan anda pasti akan berusaha untuk mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik untuk diri anda..

Kandungan & Khasiat 23 Jenis Herba Intra


     Alfalfa (Medicago Sativa)

      Alfalfa kaya dengan kandungan vitamin, mineral, flavonoid, asid amino dan protein. Ia merupakan sumber semulajadi estrogen dan boleh membantu mengimbangi sistem hormone wanita. Mengandungi kandungan serat yang amat tinggi dan ianya boleh didapati secara komersial sebagai diet tambahan. Kegunaan : Kolesterol tinggi, Menapous, Kurang Selera Makan, Artritis, Diabetes. Fungsi : Anti oksida, menambahkan kecergasan, mencegah darah tinggi dan mencuci paru-paru.  
                                       

 Lidah Buaya (Aloe Barbadensis)


Biasanya digunakan dalam industri makanan, kesihatan dan kosmetik.Gel Aloe Vera menyembuh luka terbakar yang ringan dan kesengsaraan kulit. Antioksida yang kuat untuk menyokong system penghadaman, membantu penyingkiran bahan buangan daripada badan dan sistem imun. Kegunaan : Penyakit kron, Diabetes, Ulser Peptik, Psoriasis, Penyembuhan Luka, Sokongan Imun, Ulser Perut. Fungsi : Untuk kecantikan dan mengubati luka luar dan dalam



Akar Astragalus (Astragalus Membranaceus)


Dianggap sebagai tonik untuk mempertingkatkan metabolisme dan pencernaan. Ia diambil sebagai minuman teh yang dibuat daripada akar tumbuhan. Untuk memperkuatkan sistem imun dan menyembuhkan luka dan kecederaan. Dianggap sebagai salah satu hasil botani yang unggul & memaksimakan fungsi sistem imun serta melindungi sistem kardiovaskular. Kegunaan : Imun, Antivirus,Antioksida. Fungsi : Menambahkan tenaga & darah serta melambatkan proses penuaan.


Debunga Lebah (Apis Pollenus)


Pemakanan tambahan popular yang dianggap mampu membina sistem imun dan membekalkan tenaga untuk keseluruhan tubuh badan.Debunga lebah mengandungi protein, karbohidrat, asid lemak, mineral dan vitamin. Ia mempunyai kandungan B kompleks dan vitamin A, B, C, dan E yang tinggi.Ia juga mengandungi lesitin, beta-karotena, selenium, anti jangkitan dan anti alergi.Kombinasi ini menjadikan debunga lebah suatu sumber antioksidan yang hebat.Kegunaan : Pengurangan Risiko Kanser, Artritis Reumatoid, Demam Alergi, Memperbaiki Stamina dan prestasi olahraga. Fungsi : Kaya dengan vitamin A, B, C dan E.


Buah Kapsikum (Capsicum Species)


Kaya dengan vitamin, ia digunakan untuk merangsang metabolisme melalui thermogenesis (pembakaran lemak).Digunakan untuk membantu memperbaiki tindakan ramuan botani lain yang terdapat dalam formulasi malalui kesan yang bersinergi (ia meningkatkan perkumbuhan dan penyerapan. Kegunaan : Diabetes, Artritis, Psoriasis. Fungsi : Merawat kencing manis dan meransang metabolisma.


Kulit Kayu Kaskara (Rhamnus Purshiana)

Dikenali sebagai “kulit kayu suci” oleh para penjelajah Sepanyol. Berasal dari pinggir laut Pasifik di Amerika Utara; dituai oleh penduduk asli Amerika yang awal, yang merasakan bahawa kulit kayu tersebut memiliki sifat-sifat penambah kekuatan. Apabila dicampur dengan ekstrak kapsikum, membantu memaksimumkan pembuangan kotoran daripada badan. Kegunaan : Laksatif Ringan, Sembelit. Fungsi : Baik utk penyakit darah tinggi, kencing manis, barah & kanser.



Biji Saderi (Apium Graveolens)


Berasal dari Eropah Selatan, ia dipercayai mampu meresapkan pengaruh yang menenangkan ke dalam sistem. Membantu proses penghadaman dan mempunyai kesan penyingkiran dan penyahtoksidan badan serta anti keradangan. Kegunaan : Artritis, Gaut, Bronkitis, Tekanan Darah. Fungsi : Merawat sakit sendi, sakit buah pinggang dan gaut.


Akar Chicory (Cichorium Intybus)

Daun Akar Cikori yang telah lebam digunakan sebagai tuam untuk melegakan pembengkakan dan keradangan.Pada tahun 1970an, didapati bahawa akar mengandungi sehingga 20% inulin yang bertindak sebagai pembersihan usus besar, membantu menyahtoksid dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan.Sejak itu, strain baru telah dicipta, menghasilkan kandungan inulin yang terdapat dalam akar cikori setanding dengan bit gula. Kegunaan : Masalah Pencernaan, Penyakit Hati / Pundi Hempedu. Fungsi : Membuang racun dalam badan dan menambahkan tenaga.



Barli Mutiara Cina (Coix Lacryma-Jobi)

Terdapat di wilayah tropika di serata dunia, beras barli Cina mempunyai sejarah penggunaan yang menjangkau sehingga 2000 tahun.Ia memiliki kualiti yang menyerupai oriental ginseng.Dipercayai mampu menggalakkan pembuangan air kecil, menguatkan limpa, menyingkirkan nanah dan melegakan sakit reumatik. Kaya dengan anti oksida dan mengandungi anti keradangan. Kegunaan : Reumatisme, Bengkak, Sakit Sendi, Mengurangkan Paras Kolestrol. Fungsi : Membuang panas dalam badan.



Rosehip Cina (Rosa Species)


Berasal dari Cina dan Jepun, rose hip yang amat berharga ini kaya dengan bioflavinoid, asid tumbuhan dan nutrien. Rose hip dimakan, disebabkan kerana kandungan vitamin C, bioflavonoid, garam galian dan asid tannin yang baik.Ia biasanya diperah dan ditapis untuk menghasilkan sirap rose hip. Kegunaan : Pembersihan Darah, Jangkitan, Stress. Fungsi : Bersihkan usus, melindungi dari selsema, meringankan badan dan menghilangkan kedutan.



Akar Dendelion (Taraxacum Officinale)

Terkenal dengan akarnya yang kuat, akar Dandelion dipercayai mampu merangsang fungsi pencernaan.Dianggap oleh ramai orang sebagai tonik pembersih yang sangat baik untuk hati. Telah terbukti dalam memperbaiki sistem penghadaman dengan menbantu penghasilan dan aliran hempedu serta membantu badan menyingkirkan kotoran. Kegunaan : Sembelit, Batu Hempedu, Ketdkcernaan, Pedih Hulu Hati. Fungsi : Membuang racun dlm darah & mengubati Hepatatis A/B.



Biji Halba (Trigonella Foenum-Graecum)

Boleh ditemui terutamanya di rantau Timur Tengah dan Mediterranean, biji Halba adalah satu daripada tumbuh-tumbuhan tradisional yang benar-benar purba dan mempunyai rekod penggunaan yang dikesan sejak Mesir purba.Penyelidikan moden telah menunjukkan bahawa biji Halba mampu menurunkan kolesterol, serum, triglserida dan lipoprotein berketumpatan rendah dalam pesakit manusia dan model-model eksperimen hiperkolesterolemia. Ia membantu dalam proses penghadaman, mengandungi antioksida. Kegunaan : Diabetes, Mengurangkn Thp Kolestrol, Sembelit, Artritis, Bronkitis, Asterosklorosis. Fungsi : Kurangkan paras glukos, kolestrol dlm darah & mencegah diabetes



Jerman Kamomil (Chamomilla Recutita)


Berasal dari Eropah, Kamomil Jerman dikenali dengan sifat-sifatnya yang lembut. Ramuan botani ini telah digunakan secara perubatan untuk perut yang sakit, usus  yang merengsa dan juga sebagai bantuan tidur yang lembut.Ia boleh diminum sebagai teh herba dan digunakan sebagai ubat pencuci mulut bagi melawan mukositis oral. Menenangkan sistem saraf, membantu sistem penghadaman serta menyumbangkan kepada kesihatan kardiovaskular. Kegunaan : Anti Keradangan, Kolik, Ekzema, Penyembuhan Luka, Sindrom Usus Teriritasi. Fungsi : Ubat bagi mereka yang suka tidur, stress, kejang otot & kesuburan.


Akar Halia (Zingiber Officinale)

Berasal dari Asia Selatan dan ditanam dalam kawasan tropika di seluruh dunia. Penyelidikan moden telah menunjukkan bahawa Halia mengandungi banyak khasiat antioksidan, merawat system penghadaman serta anti keradangan. Ia adalah rawatan berkesan untuk loya yang disebabkan oleh mabuk perjalanan. Kegunaan : Mual, Ketidakcernaan, Migrain, Artristis Reumatoid, Mabuk. Fungsi : Antioksida dan merawat sakit perut.


Beri Juniper ( Juniperus Communis)

Berasal dari Eropah Timur, spesimen Juniper usianya melebihi 1000 thn membantu proses penghadaman, dueratik ringan, mengurangkan gas dan kekembungan. Kon beri yang aromatik dan mengandungi resin ini mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat awal Eropah yang mempercayai "kuasa kehidupan" Juniper. Minyak Juniper diberi sebagai bahan diuretik dan digunakan sebagai bantuan untuk ketakcernaan, kembung, dan penyakit-penyakit yang melanda buah pinggang dan pundi kencing. Kegunaan : Sembab, Ketidakcernaan, Jangkitan Ginjal dan Pundi, Gaut, Perlindungan Kanser, Tekanan Darah. Fungsi : Menguatkan antibodi, mencuci darah, sakit pinggang, gaut & kencing manis.

 

Akar Manis Likuoris (Glycytthiza Glabra)


Sejak zaman dahulu kala, akar manis Likuoris dalam bentuk serbuk telah digunakan sebagai ekspektoran yang berkesan dan juga dalam serbuk gigi. Ubat batuk moden sering kali mengandungi ekstrak likuoris sebagai ramuan.Di samping itu, likuoris telah digunakan dalam rawatan ulser peptik dan oral. Likuoris juga adalah julap yang tidak kuat, mempertingkatkan sistem imun serta merupakan antioksida yang amat kuat. Kegunaan : Asma, Kelesuaan Kronik, Bronkitis. Fungsi : Mengubati antioksida, imunisasi, lelah, batuk, paru-paru dan menstabilkan hormon serta tenaga.

  

Bunga Markisah (Passiflora Incarnata)


Berasal dari bahagian selatan Amerika Syarikat di mana ia mempunyai nilai yang tinggi dalam sediaan tradisional oleh masyarakat Cherokee. Penyelidikan terbaru telah menunjukkan bahawa flavonoid dalam bunga Markisah adalah komponen utama yang bertanggungjawab terhadap kesan tenang dan antiresah yang dimilikinya.Digunakan untuk merawat insomnia dan sakit perut akibat kerisauan dan tekanan. Kegunaan : Kerisauan, Insomnia, Sakit Kepala akibat menggeletar, Stress. Fungsi : Merawat insomnia, sakit perut dan stress.

 

Pipsissewa (Chimaphila Umbellate)


Berasal dari Amerika Utara, Pipsissewa telah digunakan dengan meluas oleh orang asli jati Amerika Utara untuk ubat tradisional.Mempunyai kesan diuretic yang sederhana terhadap badan, sokongan ginjal dan antioksida. Kegunaan : Keradangan, Jangkitan Salur Kencing. Fungsi : Memastikan sistem urinari badan yang sihat.

 

 

Cendawan Reishi (Ganoderma Lucidum)


 

Digunakan sebagai tonik, cendawan Reishi dipercayai mampu mengurangkan tahap gula darah dan kolesterol, mengawal batuk dan merangsang sistem imun.  Dipercayai mampu memperbaik fungsi jantung dan hati, dan memiliki sifat-sifat anti alergi, antivirus dan antibakteria.Tidak hairanlah jika ia dipanggil air maulhayat khas untuk Maharaja-maharaja Cina. Kegunaan : Tekanan Darah, Kolesterol Tinggi, Sokongan Imun. Fungsi : Panjangkan usia & ubat bagi 1001 macam penyakit.

 

Sarsaparila (Smilax Officinalis)

 

Berasal dari kawasan tropika Amerika dan Hindia Barat. Masyhur sejak dahulu kala sebagai ubat tradisional dan ia digunakan dalam banyak produk makanan.Menyokong keseimbangan hormon, mengekalkan tenaga dan amat berguna dalam masalah mati pucuk. Berfungsi sebagai penyahtoksin & pelindung hati. Kegunaan : Psoriasis, Artritis Reumatoid, Gaut, Penulenan Darah, Antikeradangan. Fungsi : Penawar racun, licinkan kulit,  awet muda dan menguatkan tenaga batin.

 

Beri Schisandra (Schisandra Chinensis)

 

Berasal dari negara-negara Asia, beri Schisandra juga dikenali sebagai buah “lima rasa” kerana ia biasanya mempunyai rasa masam, manis, pahit, hangat, dan masin, justeru itu namanya “lima rasa.” Penyelidikan kontemporari telah menumpukan kepada ciri-ciri antioksidannya yang kuat dan juga kepada potensi faedah pelindung hati.Membantu system imun, sokongan dan memusnahkan radikal bebas.Kegunaan : Selsema biasa / Sakit tekak, Jangkitan, Kelesuaan. Fungsi : Membuang Racun Dalam Darah.



Ginseng Siberia (Eleutherococcus Senticosus)

 

Satu daripada ramuan botani yang paling banyak catatannya, ginseng Siberia lebih dikenali kerana kemampuannya mengekalkan kesihatan yang baik berbanding dengan kemampuannya untuk merawat kesihatan yang merosot ataupun penyakit. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia merangsang ketahanan terhadap tekanan, dan ia kini digunakan dengan meluas sebagai tonik.Mempertingkatkan system imun, mengandungi ciri-ciri antioksida yang amat kuat, mengimbangi paras gula serta membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan dan proses penuaan. Kegunaan : Kelesuaan, Selsema Biasa, Jangkitan, Diabetes. Fungsi : Melancarkan darah dan memberi tenaga.    

 

Taim (Thymus Vulgaris)

 

Berasal dari rantau Mediterranean, kini ia ditanam di serata dunia kerana sifat-sifat uniknya. Dipercayai memiliki sifat antiseptik, antispasmodik, tonik dan pencernaan. Mengandungi antioksida, antibakteria, dan membantu dalam proses penghadaman dan memastikan selera makan yg sihat. Kegunaan : Bronkitis, Batuk, Ketidakcernaan. Fungsi : Kecantikan, batuk & pernafasan.